Luahan rasa

Tuesday, October 14, 2025

 PUJANGGA SETIA

Aku bediri menatap sesuatu dengan ilusi ,

Cuba merungkai rahsia di mata hati ,

Setiap kali aku cuba untuk menjadi penyair sepi ,

Seumpama batu yang tidak pernah berpenghuni..


Ku coretkan satu derita yang telah lama menjadi Mimpi,

Berpegang pedoman dari sebuah cerita besiri,

Namun semuanya hanya mencalit duka di dalam diri ,

Apakan daya itu sahaja lah yang terpaksa ditempuhi...


Lara ,

Boneka kehidupan menyusur hari ,

Ia nya tetap menjadi cerita yang fatamorgana ,

Tetap melirik pada sebuah rahsia hati ,

Akan terungkai lah sebuah kisah pujangga yang setia.......


Nukilan : Mazhab Boneka


No comments:

Post a Comment