KISAH SEMALAM
Semalam aku dan dia berselisih faham atas dasar cemburu.
Mungkinkah perasaan terlalu sayang dan tidak ingin perkara
yang lalu terjadi kembali.
Ye betul ,aku trauma dengan masa lalu ku..aku takut untuk kehilangan
lagi.betapa susahnya aku untuk move on dari ex aku yang dulu.
Aku sanggup turunkan ego ku di sebabkan aku takut untuk
rasa kehilangan lagi..mungkin kah ada yang di luar sana berperasaan sepertiku..
Begitu takut dan trauma dengan kisah lalu.
Bukan mudah untuk aku jatuh cinta lagi...
tetapi dia mampu merungkaikan rahsia hati ku.
perasaan kasih ku kepadanya melebihi perasaan kasih ku kepada
diri sendiri.kalau sebelum pertemuan mungkin dia sangsi dengan
keikhlasan hati ku kepadanya..so i make an effort untuk berjumpa dia.
aku menyatakan betapa aku ikhlas menerima dia di dalam hidup ku.
Betapa aku yakin dengan kata hati ku bahawa dia lah yang menjadi
kekasih hati ku..jika berkenaan dengan rupa,aku boleh mendapatkan
orang yang lebih elok dari dia..tetapi itulah rahsia hati..saat bedebar-debar
sewaktu kali pertama aku dan dia berjumpa,Aku takkan mengundurkan diri,
Aku tetap dengan keikhlasan dan kejujuran hati ku untuk mempersuntingkan dia
menjadi peneman hati ku yang telah sekian lama kosong.memang aku akui ,
aku seorang yang agak cemburu kadang2,tetapi ketahuilah aku cemburu sebab
aku terlalu sayang dan aku tidak mahu dipermainkan.
Aku serahkan seluruh jiwaku kepadanya, pertama kali aku memandangnya
aku telah tahu bahwa pilihan hati ku tidak salah.dengan raut wajah nya yang
agak malu di pertemuan yang pertama,aku tahu dia juga risau akan perasaan
aku kepadanya(samada jujur atau ikhlas)...dengan keyakinan aku melamarmu
dengan kejujuran dan penuh keikhlasan.
Terima kasih kerana menerima diri ini yang penuh lara masuk kedalam hati mu.
Terima kasih sayang.
16.10.2025